Mencari erti kesilapan
Semalam segaris garisan putih berbentuk pena di awan biru..Hari ini telaga pikiran ku mencurah-curah dengan ilham..Bukan tentang cinta aku dan dia.. Tetapi dengan ceritera tentang kehidupan rakan2 ku..Masalah2 yang kerap bermain di halwa telinga.. kelakar.. kesian.. geram perasaan yang selalu bermain dihati.. siapa yang patut dipersalah kan.. ternyata masih ada bangsa yang sanggup mempersalahkan bangsa nya sendiri.. malu dengan kesilapan sendiri tetapi tetap tidak mahu mengalah malah masih memperjuangkan kesilapan. Seperti juga aku. Masih tidak pasti akan apa kesilapan aku. Aku tak kacau org. tapi orang dok sibuk kacau aku. Sedih geram dendam semua bermain dalam benak hati aku. Kadang2 aku mengeluh. Tapi mungkin ini sebahagian dari UJIAN NYA. Saat aku hendak bebas dari kepompong nafsu amarah. Ramai sahaja yang membuat aku tersepit kembali. Aku tidak lagi seperti dulu. Kacau org, sakit kan hati, menghina memperlekeh, malah menganjing2. Itu bukan lagi sikap aku sekarang. Insaf sudah diri ini. Lebih menghormati. Lebih mengenang, lebih merendah diri. Serba salah diri ini untuk menghina lagi mencaci. Tetapi sekarang, ada sahaja suara-suara atau tulisa-tulisan yang membuat aku ingin ke sikap yang hina dahulu. Adakah hakikat insan ini masih lagi aku tidak miliki. Telah banyak orang yang ku jumpa.. telah banyak soalan yang kutanya. Tetapi seperti masih lagi hakikat untuk ku mengenal diri sendiri masih lagi belum aku kecapi. Pernah aku ditegur dulu. Ungkapan dari seorang guru yang mursyid. Beliau berkata kenal lah dikau erti kejahatan baru tahu apa erti kebaikan. Mungkn aku kini telah lahir dengan jiwa yang baru mula mengerti apa dosa dan apa pahala. Seorang Manusia tidak mungkin akan menjadi sempurna selalu ada salah silapnya. Begitu jua diriku. Beliau juga berkata. Sesungguh nya walau beribu ilmu telah engkau pelajari tetapi ekau hanya sekadar mencelup jari ditengah laut yang luas. Apabila engkau mengangkat jari engkau lebihan air dijari mu hanya itu lah banyaknya ilmu didada mu. Ya allah bimbing lah aku tunjuk kan lah aku jalan kebenaran agar dapat aku berjumpa dengan diri yang sebenar aku. Kun kata allah fayakun kata Muhammad maka jadi lah sekian alam.
No comments:
Post a Comment