Followers

Sunday, August 15, 2010

KiAmAt SuDaH HaMpIR...?



Pagi ini aku terbaca petikan diruang hadapan akhbar tantang kisah mistik yang berlaku di ibu kota, dimana kejadian rasukan jin atau syaitan terhadap budak perempuan. Aku pon lantas merampas akhbar tersebut dan membaca dengan lebih teliti. Kesian aku lihat budak perempuan tu, mana tak pelik rasanya, die memakan nasik dengan lahap nya dan menelan sejumlah yang besar dan mungkin tak dapat dimakan atau ditelan oleh Manusia biasa. Lantas aku terus terkenang tentang peristiwa2 yang aku lihat dengar melalui mata dan telinga ku sendiri. Tentang seorang perempuan dari puchong dimana dia dibUat oleh bekas kekasih nya sendiri akibat dengki. Kejadian itu sungguh traGik sekali, dimana jin yang menumpang di dalam badan perempuan itu berasal dari Negara jiran IAitu Thailand. Malam itu aku sedang bermuzakarah di rumah guruku, dia memberitahu ku bahawa malam ni kita ada tetamu khas. Aku tidak meyangka yang malam itu anak2 muridnya perlu manghadapi ujian yang begitu besar sekali. Setelah jam dinding meletakkan jarumnya ke no 11. Tetamu itu sampai ke rumah guruku. Sebelum sempat perempuan itu masuk ke ruang tamu. Dia terus mengamuk, tidak terbayang sEkali di akal fikiranKU, BAHAWA perempuan yang begitu ayu bertudung mengamuk DAN BERsiap SEDIA dengan membuka buah tomoi lagi. Anak-Anak murid guruku sudah bersedia dengan zikir2 mereka untuk mengeluarkan jin yang menumpang DIdalam badan perempuan itu. PADA Masa itu lah aku tahu rupa2nya liat juga jin ni nak keluar dari badan seseorang yang telah dirasukkan. Tetapi Alhamdulillah. Setelah bertuNgKus lumus melawan. Kami Berjaya mengeluarkan jin tersebut. Selanjutnya guru ku ITU yang selesai kan NYA. Tetapi bukan itu yang mahu aku cerita kan. Tetapi petikan kali ini aku nak berkongsi pendapat bersama kalangan kita tentang iblis syaitan dan jin. Aku MElihat terlalu banyak kes-kes mistik yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang. Aku pelik. Semakin maju Negara kita ini semakin ramai pula yang mengamal ilmu2 yang kuno. Mungkin Manusia kini lebih SENANG bersiFat dengki buta melulu, pantang lihat orang lain maju sedikit MEREKA mula sakit hati lantas ingin menjatuh kan status mereka. Mungkin, inilah ANTARA petanda2 kiamat yang telah makin hampir menemui umat Manusia yang kian lalai tentang kewajipan mereka. Ya allah HAMBAM-U INI MEminta petunjuk DARIPADA-MU ya allah sesungguh nya masih belum sempurna diriku ini ya allah. Itu lah doa yang selalu aku ucapkan. Kini terdapat pelbagai video khususnya di youtube mengisahkan tentang kejadian dan petanda menunjuk kan musuh utama kita sang dajal.( the arrivals ) mungkin itu hanya sekadar cerita atau paparan menarik jika tiada Manusia khususnya orang islam tidak mahu mengambil iktibar untuk menginsafi diri mereka, kerana kini kiamat hampir tiba. Dan adakah kita sudah bersedia. Fikir-Fikirkanlah DAN renung-renungkanlah dimana diri kita dan siapa diri kita dan jangan hanya menepuk dada menanyakan selera tetapi tidak bertindak.

Wednesday, August 11, 2010

~MeNcArI ErTi KeSiLaPan~

Mencari erti kesilapan

Semalam segaris garisan putih berbentuk pena di awan biru..Hari ini telaga pikiran ku mencurah-curah dengan ilham..Bukan tentang cinta aku dan dia.. Tetapi dengan ceritera tentang kehidupan rakan2 ku..Masalah2 yang kerap bermain di halwa telinga.. kelakar.. kesian.. geram perasaan yang selalu bermain dihati.. siapa yang patut dipersalah kan.. ternyata masih ada bangsa yang sanggup mempersalahkan bangsa nya sendiri.. malu dengan kesilapan sendiri tetapi tetap tidak mahu mengalah malah masih memperjuangkan kesilapan. Seperti juga aku. Masih tidak pasti akan apa kesilapan aku. Aku tak kacau org. tapi orang dok sibuk kacau aku. Sedih geram dendam semua bermain dalam benak hati aku. Kadang2 aku mengeluh. Tapi mungkin ini sebahagian dari UJIAN NYA. Saat aku hendak bebas dari kepompong nafsu amarah. Ramai sahaja yang membuat aku tersepit kembali. Aku tidak lagi seperti dulu. Kacau org, sakit kan hati, menghina memperlekeh, malah menganjing2. Itu bukan lagi sikap aku sekarang. Insaf sudah diri ini. Lebih menghormati. Lebih mengenang, lebih merendah diri. Serba salah diri ini untuk menghina lagi mencaci. Tetapi sekarang, ada sahaja suara-suara atau tulisa-tulisan yang membuat aku ingin ke sikap yang hina dahulu. Adakah hakikat insan ini masih lagi aku tidak miliki. Telah banyak orang yang ku jumpa.. telah banyak soalan yang kutanya. Tetapi seperti masih lagi hakikat untuk ku mengenal diri sendiri masih lagi belum aku kecapi. Pernah aku ditegur dulu. Ungkapan dari seorang guru yang mursyid. Beliau berkata kenal lah dikau erti kejahatan baru tahu apa erti kebaikan. Mungkn aku kini telah lahir dengan jiwa yang baru mula mengerti apa dosa dan apa pahala. Seorang Manusia tidak mungkin akan menjadi sempurna selalu ada salah silapnya. Begitu jua diriku. Beliau juga berkata. Sesungguh nya walau beribu ilmu telah engkau pelajari tetapi ekau hanya sekadar mencelup jari ditengah laut yang luas. Apabila engkau mengangkat jari engkau lebihan air dijari mu hanya itu lah banyaknya ilmu didada mu. Ya allah bimbing lah aku tunjuk kan lah aku jalan kebenaran agar dapat aku berjumpa dengan diri yang sebenar aku. Kun kata allah fayakun kata Muhammad maka jadi lah sekian alam.